Wednesday, July 30, 2008

Welcome to my blog


Assalamualaikum w.b.t....
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah ke laman blog saya. Saya Megat Azrul Aizad bin Megat Iberahim adalah mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Dilahirkan pada 8 November 1983 di Teluk Intan, Perak. Ayah saya seorang pesara guru sekolah rendah manakala ibu saya pula seorang Pembantu Tadbir. Keluarga saya mempunyai empat orang adik-beradik dan kesemuanya adalah lelaki. Saya adalah anak bongsu dalam keluarga ini. Ibu bapa saya sekarang menetap di Simpang Pulai, Perak.

Saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya, Kampung Kepayang dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh dan seterusnya Sekolah Menengah Teknik Ipoh. Ketika di bangku persekolahan, saya merupakan seorang yang aktif di sekolah dan murid yang bijak dalam pelajaran.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi telah melayakkan saya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malysia. Saya berazam untuk belajar bersunnguh-sungguh demi mencapai cita-citanya menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan. Saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di peringkat diploma pada tahun 2004. Setelah tamat pengajian, saya bekerja sementara di Jabatan Perangkaan Negeri Perak. Semasa berkhidmat di sana, banyak pengalaman baru yang saya dapati. Melalui kerja sebagai Pembantu Perangkaan ini, saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat berbilang kaum.

Setelah setahun berkhidmat di jabatan itu, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat ijazah dalam bidang Bimbingan dan kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walaupun berat hati untuk meninggalkan kerjaya dan rakan-rakan sekerja, tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.