Saturday, November 28, 2009

MELAYU...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Tuesday, May 12, 2009

Nasib Melayu Selepas Pilihanraya 2008

Tidak di nafikan bahawa Pilihanraya Malaysia 2008 adalah suatu perubahan atau aliran drastik pola perubahan kepimpinan negara.daripada di dominasikan oleh Barisan Nasional. Separuh daripada semenanjung Malaysia telah beralih kepada pakatan pembangkang. Dengan ujudnya budaya perubahan atau people power atau di kalangan india di kenali sebagai makkal sakti, maka element dan pengaruh politikus atau politik yang di pelopori oleh tokoh sebelum merdeka telah berubah. Perubahan ini pada
konsep universal justice atau kehendak dan juga kesedaran universal yang di dorong kepada kerajaan yang lebih transparent dan telus, sebenarnya mungkin membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, tetapi sebagai rakyat malaysia peralihan ini di nantikan tetapi apakah nasib Melayu sebagai sebuah bangsa? Bangsa Melayu sepatutnya turut serta di dalam kehendak universal iaitu keadilan dan ketelusan pemimpin tetapi bukanlah dengan mengadaikan bangsa.


DILEMA MELAYU SEBAGAI SEBUAH BANGSA ATAU ETHNIC GROUP

Melayu sebagai bangsa atau ethnic group yang dominant di Malaysia sepatutnya lebih matang di dalam membuat keputusan dan menentukan nasib dan hala tuju negara yang kita warisi ini. Tetapi realiti adalah berlainan. UMNO mungkin suatu masa dahulu di pelopori dan di dokong oleh golongan pemimpin yang berwawasan dan ikhlas di dalam perjuangan bangsa, tetapi di permulaan 1990 keikhlasan di dalam perjuangan telah muali lupus dan hilang. Di gantikan dengan majoriti Melayu yang rakus dan power hungry. Element atau budaya rasuah, kroni adalah sinonim dengan negara yang membangun, tetapi "check and balance" di dalam UMNO atau Bangsa Melayu itu sendiri gagal muncul. Badan disiplin atau golongan tua sepertimana "pendekar" atau Knight tidak lagi ada di dalam bangsa melayu itu sendiri. Ketandusan Pemimpin yang lantang atau mampu berjuang dengan ikhlas telah hilang, Budaya kipas mengipas dan juga budaya mengampu dan di berikan jawatan akan menghilangkan kelantangan perjuangan Melayu itu sendiri. Siapakah harus di persalahkan? Pemimpin atau bangsa itu sendiri? Isu ini adalah sesuatu yang komplex dan sukar jika di lihat pada satu sudut. tetapi ianya akan menjadi mudah jika adanya pencetus and juga segelintir yang menjadi pemegang amanah bangsa Melayu itu sendiri. Element ini pada pendapat saya tidak wujud, antara dileman Bangsa Melayu yang paling ketara sekali adalah anatara nasionalis dan agama Islam itu sendiri. Melayu terbahagi kepada dua di dalam diri mereka, antara Agama dan juga Bangsa. Kedua-dua pemikiran ini menjadi satu faktor yang mana telah menjadi realiti dengan adanya PAS dan UMNO, Kedua dua pihak ini adalah Melayu tetapi suatu perjuangan dan landasan yang berlainan, setiap satu menjadi champion kepada pemikiran yang berlainan. Melayu yang beragama akan membawa "Islam" mengikut pemikiran mereka sendiri, Corak perjuangan Islam sendiri juga bermazhab dan juga bermasaalah mengikut susun ataur atau percaturan pemimpin mereka. Pada satu kumpulan yang lain, perjuangan Bangsa menjadi keutamaan tetapi Islam juga di jaga pada tempatnya. Jadi bagaimana kita kesudahanya? Adakah kita patut meninggalkan manifesto Bangsa dan berjuang mengikut Agama? Atau Kita mendokong Bangsa tanpa meninggalkan agama? Inilah dilema Bangsa Melayu sekarang ini. Jika kita melihat pada versi ketiga, muncullah Melayu Keadilan atau PKR. Melayu terbahagi kepada tiga? Mungkin tidak? Ada Melayu atas pagar atau melayu western, mereka ini menjadikan dileman Bangsa Melayu kepada 4 atau lebih pemikiran dan golongan.


DILEMA EKONOMI MELAYU

Sebut sahaja election 2008, riuh di kedai kopi pertembungan UMNO, PAS DAN PKR,tidak termasuk Melayu yang memasuki PPP dan pelbagai lagi? Ini adalah isu kepimpinan dan juga politik negara atau Makro yang bermula dengan mikro.Tetapi sedarkah kita bahawa jutaan Melayu ini bersembang di kedai kopi milik pendatang? atau naturalize citizent? Kita pergilah di mana mana bandar utama atau bandar kecil seluruh Malaysia, ya, Mamak Store atau Kedai Mamak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, mana cerok atau corner lot tidak di miliki atau di perniagakan oleh kumpulan atau interest group ini? Setiap saat secawan teh atau kopi menjadi hidangan jutaan Melayu? Kedai Runcit pula telah bertukar kepada kedai multinasional? sebut sahaja giant, tesco, carrefour dan pelbagai. Sebahagianbesar adalah multinasioanl, belum lagi budaya Mac Donald atau KFC dan Coffee House. Inilah realiti atau gajah di depan mata tak nampak tapi kuman sebarang putrajaya nampak. Bilamana kita mempersoalkan isu ini, maka ada cendiakawan Melayu mempersoalkan ini isu business" atau perniagaan dan juga kemodenan, tetapi aliran kewangan menuju atau masuk kedalam kumpulan tertentu. Cubalah kita bayangkan Melayu merempat di negeri sendiri di dalam kemelut politik dan kewangan. Setiap saat alairan kewangan Melayu pergi kepada kumpulan lain, Money is power! Adakah Melayu mempunyai kekutan kewangan ini? Tentu sekali tidak? Tetapi mungkin ada yang berdebat dengan mengatakan kita mempunyai bank kita sendiri dan juga dasar kita sendiri, Adakah ini betul dan tepat, Marilah kita membandingkan Melayu Melayu yang menguasai arena perbankan, Kenapa Melayu ini dengan kekuatan credit line" ini tak mampu membina empayar Mydin Store? Mamak Kedai atau Peruncitan benilai Global? Kenapa? Jawapannya adalah complacent atau lupa diri, bila mereka telah ada di atas, bermulalah permainan saham, take over dan trading yang menguntungkan mereka sendiri dan menjadikan mereka semakin kaya dan bernilai jutaan ringgit.


DILEMA REMAJA MELAYU DAN SEKTOR PEKERJAAN MELAYU.

Ahli ekonomi mungkin menyelar dan akan mempertahankan tohmahan ini, tetapi cukuplah setakat ini, Gajah telah nampak di depan mata tapi tidak mahu di akui. Dilema ekonomi Melayu sepatutnya menjadi keutamaan semua yang lahir sebagai Melayu di bumi bertuah ini. Kita telah tiada Real Estate value, Bandar utama dan juga perniagaan telah di pegang oleh golongan lain dan pendatang atau foreign work force telah mengambil tempat tuan-tuan" (BusinessLord) ini. Adakah anda sebagai Melayu tidak berasa apa-apa jika anda ke satu komplex membeli belah yang besar dan megah , tetapi, anak melayu menjadi cashier atau pemotong ayam? Buka sahaja Surat Khabar versi Bahasa Malaysia, berapa mukasurat sahaja di bekalkan untuk peluang pekerjaan Bumiputra? sikit bukan? Tetapi buka pula Suratkhabar Versi Enggeris atau English, sangat banyak bukan? Kenapa ini berlaku? sekiranya ini berlaku sesuai dengan arus pekerjaan abad 21 maka ianya bagus tetapi perhatikan benar benar. Mandarin or any other language required. Adakah ini adil? Tentu sekali tidak bukan? Dimanakah Equal Opportunities atau peluang kesamaan, Negara Amerika Syarikat mempunyai undang undang diskriminasi pekerjaan, sekiranya perlu untuk tidak mematuhi sesuatu undang-undang maka mereka perlulah memohon kelepasan. Tetapi tidak di Malaysia. Anak Bangsa kita akhirnya sedang ke arah KeMandrin, kita perlu mengajar anak anak kita bahasa Cina untuk kompetitif di alam pekerjaan.

http://www.scribd.com/doc/2415826/dilema-melayu-pasca-pilihanraya