Salam semua...
Bulan Ramadhan akan kunjung tiba lagi. Pada bulan Ramadan yang mulia ini, sebaik-baiknya kita mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
“Adalah Rasulullah S.A.W memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa”.
(HR. Ahmad dan An-Nasa'i)
Berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.
Firman Allah s.w.t
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah Al-Baqarah : 183)
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dan mencapai kemuliaan di mata Allah S.W.T .. Amin..