Thursday, August 28, 2008

MERDEKA

Tahun ini Malaysia akan menyambut Kemerdekaan yang ke-51 tahun. Berbagai pihak samada kerajaan atau swasta sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk sambutan ini.

Kalau kita lihat ke belakang, kita akan dapati memang setiap tahun sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah. Dengan banyak perbelanjaan besar. Kita di sajikan berbagai tembakan bunga api dan pelbagai jenis konsert raksasa di KLCC, Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam, Tasik Anniversary dan lain-lain ibu negeri.

Apa sebenarnya yang ingin dan akan kita capai dengan perayaan mega sebegini? Adakah rakyat semakin cinta kepada negara hingga sanggup berkorban apa saja? Adakah kempen saban tahun ini membuat generasi muda semakin faham perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dulu?

Adakah kita sebagai generasi muda sekarang faham erti sebenar kemerdekaan? Adakah anak muda sekarang mengerti bagaimana sengsaranya untuk mencapai kemerdekaan?
Janganlah kita hanya tahu meneriakkan merdeka, merdeka merdeka. Tetapi, kita tidak memahami apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya.
Sama-samalah kita semua memahami dan menghayati makna dan intipati kemerdekaan yang sebenarnya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan merahmati dan melindungi Negara kita yang tercinta ini.

0 comments: