Dewasa ini kita lihat perpaduan orang melayu semakin retak. Ini dapat dilihat ketara selepas pilihanraya umum yang ke 12 lalu. Orang melayu telah berpecah akibat perbezaan fahaman politik. Orang melayu telah terbahagi kepada tiga iaitu pengikut parti UMNO, PAS dan PKR. Perpecahan orang Melayu bukan hanya akan bersifat kepartian tetapi juga lebih menjurus pada persoalan agamanya apabila agama turut diheret dalam pertembungan UMNO-PAS. Perpecahan yang berlaku ini menyebabkan bangsa melayu makin lemah dan mudah dieksploitasi bangsa lain. Perpecahan ini menyebabkan melayu semakin hilang kuasa politik di tanah air sendiri. Jikalau kita tidak lagi mempunyai kuasa atau kekuatan politik dan ekonomi yang dominan, dapatkah kita terus mempertahankan hak dan kepentingan Melayu yang masih ada di negara ini?
Sepanjang sejarah bangsa Melayu, kekuatan yang ada padanya ialah perpaduan dan ini timbul daripada adanya kesedaran di kalangan orang Melayu, di mana pun mereka berada, bahawa mereka adalah anggota dalam satu kesatuan sosiobudaya dan sosiopolitik yang disebut bangsa Melayu atau the Malay nation. Empat faktor yang membentuk perpaduan Melayu itu dan yang berjaya mengekalkan identiti bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah: bahasa Melayu, budaya Melayu, Islam dan keterbukaan minda bangsa Melayu. Kita tahu bahawa di rantau kita ini terdapat banyak sekali dialek bahasa Melayu – dialek negeri dan dialek daerah – tetapi di atas segala dialek ini telah muncul satu ragam bahasa Melayu yang kita sebut bahasa persuratan atau sekarang kita sebut bahasa Melayu kebangsaan. Bahasa inilah yang menyatukan bangsa Melayu, tidak kira di manakah mereka berada, sama ada di Kelantan, di Kedah, di Johor atau di Negeri Sembilan. Bahasa Melayu kebangsaan inilah yang menjadi bahasa kerajaan Melayu sejak zaman kerajaan Melayu-Islam yang pertama abad ke-12/13, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di daerah Aceh sekarang, sampai ke zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu; waktu itu bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa kerajaan Melayu di samping bahasa Inggeris.
Faktor lain yang cukup penting dan berpengaruh sebagai pembentuk tamadun dan perpaduan bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah agama Islam. Kita bernasib baik kerana Islam yang diterima dan diamalkan oleh orang Melayu ialah Islam menurut Sunnah Nabi. Orang Melayu tidak dipecahkan oleh pelbagai mazhab, khususnya antara mazhab sunni dan ‘mazhab Syiah’, atau mazhab-mazhab lain seperti yang terdapat di beberapa negara Arab, misalnya di Lubnan, di Iraq, di Iran, bahkan juga di Pakistan yang menyebabkan negara-negara itu sentiasa menghadapi masalah berpecahan antara kaum berdasarkan mazhab; mereka berperang dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Akibatnya, pembangunan negara mereka terjejas. Kemajuan mereka dalam bidang apa pun terjejas. Negara mereka menjadi lemah dan mudah dijajah oleh kuasa luar. Bangsa Melayu tidak mengalami masalah ini sepanjang sejarahnya. Walaupun mereka pernah dijajah namun perpaduan mereka, ‘solidarity’ mereka, tidak pecah – pepatah Melayu berkata, ‘bersatu teguh bercerai roboh’ – inilah semangat kebangsaan Melayu yang menyebabkan mereka dapat bersatu dalam satu gerakan kebangsaan di seluruh Tanah Melayu untuk menentang gagasan atau muslihat Malayan Union dalam tahun 1946.
Oleh itu, dapatlah kita lihat disini betapa pentingnya perpaduan melayu bukan sahaja untuk bangsa melayu, tetapi untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sejarah telah membuktikan bagaimana orang melayu telah bersatu dalam menentang gagasan Malayan Union yang cuba dibentuk oleh penjajah british. Perpecahan umat melayu, jika tidak ditangani dengan cara yang paling baik dan bijak, maka orang Melayu akan menghadapi ancaman bukan sahaja daripada kaum bukan Melayu tetapi juga tekanan globalisasi. Implikasi daripada perpecahan orang Melayu juga akan menyebabkan agenda-agenda agama tidak dapat dilaksanakan akibat pertikaian di kalangan orang Melayu. Kita tidak mahu orang Melayu hanya mengaku sebagai tuan di negara ini tetapi pada hakikatnya adalah hamba kepada orang lain.

0 comments:
Post a Comment