Friday, August 22, 2008

PROGRAM CAKNA DIRIMU...


Salam semua……


Alhamdulillah….akhirnya selesai sudah program yang dirancangkan oleh saya serta ahli kumpulan saya. Program Cakna Dirimu telah diadakan pada 15 – 17 Ogos 2008 bertempat di SMK Simpang Pulai,Kg. Kepayang, Perak.

Antara objektif program ini adalah:-

i. Menimbulkan kesedaran terhadap kelemahan-kelemahan dan kelebihan-kelebihan diri bagi diperkembang kelebihan serta kekuatan diri supaya lebih peka terhadap peranan diri kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
ii. Membina sikap, pemikiran serta perwatakan positif dan dinamik untuk berusaha, sanggup berdikari dan bekerjasama sebagai satu kumpulan.
iii. Mempertingkat dan mengukuhkan rasa persaudaraan.
iv. Membina keyakinan diri pelajar dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.
v. Mendedahkan cara pengurusan program kepada mahasiswa semester 6 Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam ini melibatkan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang telah dilakukan sepanjang program adalah ice breaking, aktiviti menjelajah Gua Tempurung, ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan dan lain-lain lagi.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Simpang Pulai terutamanya PK Kokurikulum, Pn. Hjh. Siti Fatimah bt. Boseri serta kaunselor, Pn. Fatimah Haslina yang banyak membantu kami dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah kami, En. Abd. Aziz Yatim yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan proram yang telah dirancangkan. Tidak lupa juga kepada ayahanda serta bonda yang tercinta yang banyak memberi bantuan dan dorongan kepada saya dalam menjayakan program ini. Kepada rakan-rakan ahli kumpulan, saya sebagai Pengarah Program mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama kalian semua. Tanpa kalian semua mungkin program ini tidak dapat dijalankan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada tersilap kata dan perbuatan sepanjang mengendalikan program ini. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Sekian, wassalam...




0 comments: